10 PENAMPILAN DIRI YANG TERBAIK
Kebanyakan orang, akan melihat yang kurang itu daripada sudut isi kandungan dan teknik penyampaian atau cara komunikasi, tetapi kurang atau tidak sama sekali memberi penekanan pada sudut penampilan diri.Ketika berkomunikasi dalam situasi memberi pandangan pertama yang berkesan, individu akan menilai seseorang 55% melalui visual iaitu yang kelihatan oleh mata kasar.
Contohnya, ekspresi wajah dan cara berpakaian. Manakala 38% melalui cara anda mengutarakan sesuatu atau bagaimana anda kedengaran ketika menyampaikan sesuatu. Seterusnya, 7% melalui perkataan yang anda pilih.Perkara ini sangat relevan, terutamanya dalam konteks visual anda tidak selaras dengan cara anda mengatakan sesuatu serta pilihan perkataan yang bercanggah.
Ketika situasi seperti ini berlaku, si pendengar akan lebih mempercayai apa yang kelihatan dengan mata kasar, iaitu penampilan diri dan ekspresi wajah.Keadaan ini memberi impak yang sangat besar sekiranya anda dalam situasi yang penting seperti ketika membuat pembentangan perniagaan atau sesi temuduga, kerana keadan seperti ini sangat penting untuk anda memenangi gambaran visual yang kredibiliti dan konfiden
1. Pemilihan Warna Pakaian
Dalam pemilihan warna pakaian yang bersesuaian, anda perlu tahu dua perkara penting, iaitu tona kulit sendiri dan kesan psikologi sesuatu warna.Kebiasaanya, terdapat dua jenis tona kulit iaitu tona warna panas dan tona warna sejuk. Anda boleh mengenalpasti tona warna kulit anda dengan mendapatkan sesi analisis warna peribadi dengan pakar perunding imej yang berpengalaman, terlatih dan bertauliah.
Pengetahuan tentang tona warna yang bersesuaian sangat penting kerana, warna boleh memberi impak, samada menyerlahkan keseluruhan penampilan diri anda atau disebaliknya. Warna yang tidak bertepatan dengan tona warna peribadi boleh menyebabkan anda kelihatan kusam dan tidak bermaya, ini boleh menjejaskan visual penampilan yang konfiden dan kredibiliti.
Jika anda mempunyai tona kulit warna panas, pemakaian warna-warna panas, seperti jingga, merah panas dan hijau panas akan menyerlahkan kulit anda serta kelihatan lebih segar. Begitu juga, jika anda mempunyai tona kulit sejuk, pemakaian warna-warna sejuk, seperti biru, ungu dan hijau akan menyerlahkan kulit anda serta penampilan diri anda akan kelihatan lebih segar.
Pemakaian tona yang tidak tepat menyebabkan anda kelihatan kurang menyerlah seperti yang sepatutnya.Selain daripada itu, anda perlu tahu kesan-kesan psikologi sesuatu warna tersebut kepada yang memandang. Pengunaan warna yang bersesuaian dengan keadaan akan menyebabkan anda berjaya menampakkan visual kredibiliti dan konfiden atau sebaliknya.
2. Cara Pemadanan Pakaian
Pemadanan pakaian perlulah mengikuti beberapa teknik yang betul dan teknik ini sangat penting untuk dikuasai kerana jika suatu padanan pakaian yang kurang bersesuaian, akan menyebabkan keseluruhan penampilan diri anda tidak dapat atau kurang memberikan mesej visual kredibiliti dan konfiden.
Dalam artikel saya sebelum ini, anda telah diberikan beberapa tips dan teknik pemadanan pakaian yang bersesuaian. Selain daripada tips-tips tersebut, pemadanan pakaian yang betul memerlukan anda tahu tentang jenis bentuk tubuh sendiri. Mungkin anda pernah mengalami situasi yang mana pakaian pada patung peragaan kelihatan sangat cantik dan menarik, ataupun ketika rakan anda memakai pakaian tersebut, dia kelihatan sangat segak dan menarik, tetapi berlaku sebaliknya.
Apabila anda pula memakai pakaian tersebut, salah satu faktor yang perlu diketahui ialah, bentuk badan anda dengan rakan anda dengan patung peragaan tidak sama.Oleh itu pakaian tersebut memberi impak yang berbeza kepada penampilan diri anda.
Selain daripada itu, ketika membuat pemadanan pakaian, anda perlu mempunyai pengetahuan tentang visual keseimbangan dan perkadaran. Visual perkadaran sama rata, 1; 1, kurang menarik perhatian mereka yang memandang, tetapi perkadaran 2:3 atau 3:5, visual akan lebih menarik dan menampakkan keistemewaan yang
3. Pemilihan Personaliti Stail Pemakaian
Secara umumnya terdapat 6 jenis personaliti stail pemakaian, iaitu, classic/elegant, romantic/feminine, natural/sporty, sexy/alluring, dramatic/striking dan creative/original. Pertama sekali anda perlu mengetahui apakah impact psikologi stail-stail pemakaian tersebut supaya anda tahu bila dan bagaimana stail pemakaian tersebut sesuai dipakai.
Seterusnya anda perlu ketahui apakah kecenderungan anda berpakaian kerana, jika anda mempunyai kecederungan berpakaian selain daripada classic/elegant.Ditambah pula jika pemakaian tersebut tidak bersesuaian dengan suasana industri pekerjaan anda, kemungkinan besar agak sukar untuk anda menampakkan visual kredibiliti dan konfident melalui pemakaian.
- Personaliti stail pemakaian classic/elegant menampakkan penampilan diri yang lebih tersusun dan berstruktur. Contohnya suit, yang mana, jika dipakai ketika suasana formal, ini mampu menyampaikan mesej kredibiliti dan konfiden yang sangat berkesan.
- Personaliti stail pemakaian romantic/feminie hanya sesuai untuk situasi kasual. Stail pemakaian ini kurang atau tidak langsung menyampaikan mesej kredibiliti dan konfiden, terutamanya dalam konteks bisnes.
- Personaliti stail pemakaian sporty/natural hanya sesuai untuk situasi kasual. Walau bagaimanapun, stail ini jika tahu teknik pemadanan yang tepat boleh menampakkan visual kredibiliti dan konfiden dalam situasi yang kasual.
- Personaliti stail pemakaian sexy/alluring hanya sesuai untuk situasi kasual. Stail pemakaian ini kurang atau tidak langsung menyampaikan mesej kredibiliti dan konfiden dalam konteks situasi formal. Perlu diingat, stail pemakaian ini mempunyai konotasi yang tersendiri yang mungkin memberi impak yang kurang positif pada si pemakai.
- Personaliti stail pemakaian dramatic/striking dan creative/orginal hanya sesuai untuk situasi kasual. Stail pemakaian ini kurang atau tidak menyampaikan mesej kredibiliti dan konfiden jika dilihat dari segi relevannya dalam situasi bisnes formal. Stail pemakaian ini boleh memberikan mesej yang tersendiri yang mungkin memberi impak tidak seperti yang difikirkan atau dikehendaki oleh si pemakai.
4. Pemilihan Fabrik Pakaian
Pilihan fabrik turut mempengaruhi pembentukkan visual kredibiliti dan konfiden. Fabrik yang mempunyai permukaan kasar adalah lebih kasual, seperti corduroy, jeans, knitted dan linen. Manakala, fabrik yang mempunyai permukaan yang halus dan rata, seperti cotton, silk dan wool adalah lebih formal.
5. Pemilihan Corak Pakaian
Pilihan corak pada fabrik turut mempengaruhi pembentukkan visual kredibiliti dan konfiden. Corak-corak yang banyak dan besar adalah lebih kasual. Manakala, corak-corak yang kecil dan sedikit adalah lebih formal. Fabrik tidak bercorak adalah lebih formal.
6. Pemilihan Saiz Pakaian
Pakaian yang dipakai mestilah berpadanan dengan saiz badan anda. Ini kerana jika pakaian kelihatan longgar dan terdapat banyak lebihan fabrik menampakkan visual yang tidak kemas. Manakala, pakaian yang sangat ketat seperti bandage dress, boleh menjatuhkan visual kredibiliti dan konfiden dalam konteks situasi bisnes formal.Pakaian dengan saiz yang betul akan menampakkan kekemasan. Pakaian yang ditempah dapat membantu anda dalam situasi ini.
7. Pemilihan Aksesori
Bagi pemakaian aksesori, terutamanya barangan kemas, sentiasa ingat peraturan praktikalnya ialah ‘less is more’ dan ‘simple is professional’ . Barang kemas tidak boleh melebihi lima utas pada satu-satu masa.
Pilih aksesori yang lebih formal untuk menampakkan visual kredibiliti dan konfiden.
8. Pengemaskinian Penampilan Diri
Pastikan keseluruhan penampilan diri anda kelihatan ‘dikemaskini’.Contohnya, pakaian yang lusuh, berkedut perlu dielakkan. Dapatkan elemen terkini dalam penampilan diri anda, tetapi bukan terlalu mengikut fesyen. Contohnya, jika anda kelihatan terkini dengan memakai suit warna coklat padankan dengan skaf sutera dengan warna yang sesuai pada leher.
9. Penjagaan Diri
Penjagaan diri termasuk kebersihan peribadi, penjagaan kulit dan kesihatan. Seseorang yang kredibiliti dan konfiden menitik beratkan penjagaan diri yang betul dan konsisten.
10. Tahap Pemakaian dalam Bisnes
Umumnya, terdapat 4 tahap (level) pemakaian, iaitu, tahap 1 ialah pakaian bisnes formal, tahap 2 ialah pakaian bisnes elegan kasual, tahap 3 ialah pakaian bisnes kasual dan tahap 4 ialah bisnes kasual santai.Pastikan anda memakai pakaian bersesuaian dengan industri anda berkerja atau ingin berkerja supaya anda dapat menyesuaikan pakaian dengan keadaan.
Selain daripada itu, sesetengah situasi memerlukan anda memakai tahap pemakaian yang lebih tinggi seperti tahap 1, dan akan ada keadaan di mana anda perlu memakai tahap pemakaian yang lebih rendah, seperti level 4.
Pengetahuan ini sangat membantu anda dalam menampakkan visual kredibiliti dan konfiden kerana dalam apa sahaja keadaan anda tahu menyesuaikan pemakaian dan memberikan mesej konfiden dan kredibiliti secara konsisten.
Perlu diingat, untuk menampakkan visual kredibiliti dan konfiden, tahap pemakaian dalam bisnes perlulah seiring dengan faktor-faktor lain yang di nyatakan di sini.
No comments:
Post a Comment